AKU GADIS LIAR
Aku menjawab panggilan telefon sambil mataku mencari nombor plat kenderaan Uber yang aku ‘order’ tadi. Pemandu itu memberhentikan kereta ditempat aku berdiri. Tanpa berlengah, aku terus buka pintu kereta, beri salam, perkenalkan diri dan terus masuk ke dalam kereta selepas dipelawa masuk. Sedikit pun aku tak pandang lelaki bertatu itu di luar perkarangan masjid. Aku tinggalkan dia begitu saja. Beberapa minit aku berada dalam kereta, pemandu Uber itu memperkenalkan dirinya dan memulakan perbualan. Mungkin dia teruja dengan seorang Niqabis yang menjadi tetamunya kali ini, dia mula bertanyakan pendapat aku berkenaan sistem penghambaan di zaman Nabi… fuhh! Topik ini betul-betul di luar bidang aku. Dari penceritaannya, dia ini suka mengkaji perihal sistem penghambaan sejarah Islam dari zaman Nabi sehinggalah di zaman pemerintahan Uthmaniyyah. “Sarah, saya nak tanya Sarah lah ye. Apa pendapat Sarah dengan sistem penghambaan dalam Islam? Sebab saya belum jumpa mana-m...